NEW YORK: Malaysia gesa PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) mengambil tindakan yang segera demi mencapai keamanan bagi rakyat di Palestin dan Myanmar.
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, beliau turut menyatakan kebimbangan mendalam Malaysia terhadap konflik yang berterusan dan pencabulan hak asasi manusia di Palestin dan Myanmar.
Anda mungkin berminat pada artikel ini
- Juruteknik rugi lebih RM900,000 terperdaya pelaburan dalam talian
- Apple senaraikan iPhone XS Max, iPhone 6s Plus sebagai produk vintaj
- Pertarungan Mike Tyson-Jake Paul peroleh lebih 60 juta tontonan secara langsung!
- Jangan mudah terbawa-bawa! Ini ialah Kesan Ketagihan Mega888
- Membangunkan Kemahiran Melalui Amalan Sebenar
“Saya telah menyuarakan kebimbangan dan mendesak PBB mengambil tindakan segera bagi memastikan keamanan bagi rakyat Palestin dan Myanmar,” katanya menerusi satu kenyataan selepas mengadakan pertemuan dua hala bersama Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, di sini, pada Jumaat.
Selain itu, Mohamad berkata dalam pertemuan itu, turut dibincangkan ialah usaha sama antara Malaysia dan PBB menjelang kepengerusian ASEAN 2025.
Pertemuan itu berlangsung di luar sesi Perhimpunan Agung PBB (UNGA) ke-79, di mana para pemimpin dunia menyampaikan ucapan mereka semasa Perbahasan Umum dari 24-30 September.
Mohamad berada di New York bagi mewakili Malaysia dan dijadual menyampaikan Kenyataan Negara semasa Perbahasan Umum Peringkat Tinggi pada 28 September, kira-kira jam 2 petang waktu tempatan.