Kemenangan ini hadiah sempena Hari Megamalaysia – Thinaah

MEGAMALAYSIA
Kemenangan ini hadiah sempena Hari Malaysia - Thinaah

MEGAMALAYSIA: Kemenangan ini adalah hadiah sempena Hari Malaysia.

Itu kata pemain beregu wanita negara, M Thinaah yang bersama gandingannya, Pearly Tan mencipta kejayaan menjuarai Terbuka Hong Kong, hari ini.

Selepas kali terakhir menjuarai gelaran Jejajah Dunia BWF (Persekutuan Badminton Dunia) dua tahun lalu, pasangan utama negara itu mencipta sensasi dengan menewaskan gandingan China, Liu Sheng Shu-Tan Ning straight set 21-14, 21-14.

Lebih menarik, hanya 37 minit diperlukan Pearly-Thinaah untuk menundukkan gandingan China yang menghuni ranking ketiga dunia itu dalam kejohanan berstatus Super 500 BWF itu.

“Ketika hari kemerdekaan Malaysia bulan lalu, kami mara ke final tetapi tidak berjaya menang,” kata Thinaah ketika ditemuramah BWF.

“Mungkin tuhan memberi kami peluang untuk menang di sini. Kami amat gembira kami dapat kemenangan hari ini dan mahu menghadiahkannya kepada rakyat Malaysia sempena Hari Malaysia esok.

“Terima kasih kepada semua peminat di Malaysia kerana menyokong kami.”

Mengulas kejayaan menewaskan Sheng Shu-Tan Ning, Thinaah berkata mereka tidak terlalu memikirkan mengenai kemenangan namun rancangan awal adalah untuk menamatkan permainan dengan awal.

“Kami mahu menamatkan perlawanan dengan awal namun disebabkan itu juga, kami turut melakukan kesilapan mudah dan yang tak sepatutnya,” kata Thinaah.

“Kami akan melihatnya sebagai pengajaran untuk perlawanan seterusnya. Apapun, kami amat gembira dengan kemenangan ini dan ia amat membantu kami meningkatkan keyakinan kami.”

Kemenangan turut menyaksikan Pearly-Thinaah menamatkan badi empat kekalahan bertemu gandingan China itu dengan kemenangan terakhir diraih pada tahun lalu di Terbuka Jepun.

Selaku juara, Pearly-Thinaah berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah AS$33,180 (RM 142,709).

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *