MEGAMALAYSIA – CHATGPT merupakan salah satu perkhidmatan berasaskan kecerdasan buatan janaan, membolehkan pengguna bertanyakan pelbagai perkara, selain turut meminta menghasilkan teks, dokumen dan juga gambar melaluinya.

Sebelum ini, OpenAI pernah berkongsi mengatakan ChatGPT mempunyai lebih 200 juta pengguna setiap minggu.
Kini, mengikut laporan lanjut, pihak OpenAI berkongsi menyatakan ChatGPT mempunyai lebih 11 juta pengguna berbayar.10 juta pengguna dilihat melanggan ChatGPT Plus berharga AS$20 sebulan.
Anda mungkin berminat pada artikel ini
- An Overview of Pussy888
- Reddit Answers beri jawapan daripada kandungan ditulis pengguna
- X perkenal penjana imej generasi baharu pada Grok, hasil gambar lebih realistik
- Inilah Alasan Mengapa Anda Harus Mengunduh Mega888 APK
- Juruteknik rugi lebih RM900,000 terperdaya pelaburan dalam talian
Manakala baki 1 juta pengguna adalah pelanggan untuk penawaran ChatGPT Teams yang ditujukan kepada pengguna perusahaan.
Perkongsian angka ini sekali gus memperlihatkan secara kasar OpenAI menjana $2.7 bilion melalui ChatGPT setiap tahun.
Namun, pada masa yang sama, kos operasi dan lain-lain dilihat masih lebih tinggi lagi.
OpenAI kini dilihat sedang meraih dana pada nilai syarikat $150 bilion, menyaksikan penyertaan pelaburan daripada sejumlah pihak, termasuk Microsoft dan Apple.