Apple senaraikan iPhone XS Max – APPLE sering melakukan kemas kini status produk mereka, terutamanya selepas sekitar lima tahun berhenti menjualnya dan menyenaraikan ia sebagai produk vintaj.
Hal ini selari dengan penghentian jualan, sokongan, serta komponen baik-pulih untuknya yang tidak dikeluarkan lagi.
Terbaru, Apple kini menyenaraikan iPhone 6s Plus dan juga iPhone XS Max di bawah kategori vintaj di seluruh dunia.
Anda mungkin berminat pada artikel ini
- Juruteknik rugi lebih RM900,000 terperdaya pelaburan dalam talian
- Apple senaraikan iPhone XS Max, iPhone 6s Plus sebagai produk vintaj
- Pertarungan Mike Tyson-Jake Paul peroleh lebih 60 juta tontonan secara langsung!
- Jangan mudah terbawa-bawa! Ini ialah Kesan Ketagihan Mega888
- Membangunkan Kemahiran Melalui Amalan Sebenar
Sebelum ini, iPhone 6s Plus diperkenalkan pada September 2015, sementara iPhone XS Max pada September 2018.
Buat masa ini, model variasi kecil yang diperkenalkan sama, iaitu iPhone 6s dan juga iPhone XS tidak disenaraikan di bawah kategori sama – dan mungkin dilakukan dalam masa terdekat ini.
Bagi anda sendiri, adakah anda masih menggunakan kedua-dua model peranti ini pada hari ini?